Assalamualaikum...
Sedar atau tak , hutan kat negara kita semakin berkurang .Sedih sangat-sangat sebab aku sukakan hutan + bau hutan. Kalau dulu lalu kat kawasan templer mesti minta kat ayah buka tingkap kereta sebab nak bau hutan.Tapi skarang bila lalu Jalan Templer ja mesti minta ayah pasang aircond sebab x tahan dengan panas. Panas sebab banyak pokok kat tepi jalan dah tak ada. Yang ada di kiri dan kanan jalan cuma kerja-kerja pembinaan. Sepanjang jalan tersebut bermula dari kolam air panas terdapatnya projek2 perumahan bernilai jutaan ringgit, sebelum kolam air panas...,terdapat projek perumahan , juga projek kondo mewah dimana jelas kelihatan lereng bukit digondolkan
![]() |
| Hijau yang semakin hilang... |
Pernahkah kita berfikir, mengapakah apabila kita masuk ke hutan belantara, kita berasa segar. Kicauan burung, , deruan air sungai, hempasan air terjun dan suara unggas + serangga membuat kita berasa tenang.
Berbeza jika kita ke kawasan yang hiruk pikuk dimana manusia memuji makhluk, manusia memuja manusia, memuja harta, pangkat dan kekayaan.
Juga ketenangan ketika berada di majlis manusia memuji Allah SWT. Apabila kita ke tempat-tempat yang mendamaikan ingatlah, kita menumpang istirehat dengan makhluk Allah yang tak pernah berhenti zikirnya. Ketahuilah, bahawa semua makhluk Allah itu sedang bertasbih memuji Allah SWT..
![]() |
| semua makhluk Allah itu sedang bertasbih memuji Allah SWT.. |
Mungkin suatu hari nanti generasi masa hadapan cuma bleh tengok hutan kat muzium ja. Tak pun diorang bleh kenal hutan melalui buku sahaja. Yang lebih menyedihkan mereka tak bleh rasa suasana tenang bila berada dalam hutan. Semuanya disebabkan kerakusan manusia.Suatu hari nanti akan datang detiknya, kita akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya ini....
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat ke 72)


No comments:
Post a Comment