Saturday, February 18, 2012

selamat hari lahir ^_^

Segala puji bagi Allah yang mencipta diri dengan sifatNya Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Saya pantas tersenyum kerana diberi peluang berjumpa hari ini iaitu 18 febuari 2012 suatu tarikh yang tidak akan pernah sama sekali berulang lagi.

Genaplah sudah 23 tahun usia yang Allah pinjamkan. Suatu angka yang tidak terjangka saya masih dihidupkan untuk merasainya. Inilah peluang untuk perbaiki diri dan menambah amal barangkali. 23 tahun? Jauh saya merenung angka itu. Jauh... Tiada siapa tahu sampai umur berapa dihidupkan. Timbul persoalan sejauh mana amal untuk dibawa pulang bertemu Ilahi, cukupkah amal mahu ke syurga dengan dosa yang mengunung tinggi.. Allah, lemah sungguh hambaMu ini.

23 tahun, suatu angka yang membuatkan hati ini tersentuh kerana pada umur inilah,mak dengan susah payahnya melahirkan diri ini pada 18 febuari 1989. Ketika itu mak dan ayah berada di bumi sabah. Tentu sukar kan. terpaksa berpantang seorang diri tanpa bantuan ibu dan mertua. Kau seorang perempuan yang berdikari . Sangat tabah..pada umur 23 tahun mak sudah mempunyai 2 anak..Anakmu pula masih bujang saat ini. Takdir bakal menentukan. Moga doa kalian menyerikan hidup ini.

Sungguh, tidak terbalas jasa mereka mendidik diri. Banyak pengorbanan mereka sehari demi sehari hingga saat ini. Moga Allah berkati usaha-usaha mereka 



Untuk kalian yang sentiasa memberi.
Terima kasih diucapan..
Terima kasih sahabat atas kenangan.
Terima kasih kepada mereka yang bagi saya balik awal arini..
Terima kasih kalian atas doa dan ucapan.
Moga Allah berkati kalian.

Moga Allah berkati hidup kita semua dan dipermudahkan hisab kelak. Kalian sentiasa di hati.


Doakan Siti safiah ya (^_^)







kat bawah ni ada upload gamba wktu kecik2...hehe




me ^_^








bersama abg2




kenangan terakhir bersama kawan di sabah ....


2 comments: